ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Proton merudum pada bulan Mei namun jumlah eksport meningkat

Berita Tempatan

Views

Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) mengalami penyusutan kira-kira 20 peratus pada bulan Mei berikutan isu-isu seperti kekurangan cip dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Proton telah berjaya menjual 9,440 unit (domestik + eksport) bulan lalu, menurun sebanyak 37.1 peratus berbanding bulan April, dengan pegangan pasaran dianggarkan sebanyak 20.3 peratus.

Sehingga penghujung bulan Mei, jumlah jualan yang telah direkodkan adalah 57,283 unit dengan pegangan pasaran sebanyak 23.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan ini merupakan peningkatan sebanyak 2.4 peratus.

Saga mencatatkan jualan tertinggi bagi segmen-A pada bulan Mei dengan 3,786 unit diserahkan kepada pemilik. Dua SUV Proton terus mengungguli segmen masing-masing dengan X50 sebanyak 1,899 unit, manakala X70 pula sebanyak 1,523 unit.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Exora pula kekal sebagai pendahulu bagi kelas MPV segmen-C. Secara keseluruhan, sebanyak 3,422 unit telah diserahkan kepada pemilik di Malaysia dan luar negara. Sebanyak 669 unit yang merangkumi Saga, X50 dan X70 telah dieksport pada bulan Mei, pencapaian bulanan yang terbaik sejak Mac 2013.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, jualan mereka memadai untuk kekal di tempat kedua secara keseluruhan dan mereka juga berjaya mencapai jualan tertinggi dalam tempoh 98 bulan untuk pasaran eksport yang meskipun menghadapi cabaran dari rangkaian penghantaran antarabangsa.

Jualan kenderaan dijangka akan tergendala untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu berikutan sekatan pergerakan penuh PKP yang bermula 1 Jun. Walaubagaimanapun, operasi pusat servis dibenarkan bagi pelanggan yang telah membuat janji temu telebih dahulu.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Berikutan lanjutan insentif PENJANA sehingga akhir tahun ini, Proton akan mengkaji semula pelan jualan bagi bulan-bulan akan datang. Tambah Roslan, pihaknya akan mengambil langkah bagi memastikan perniagaan mampu berdaya saing pada masa hadapan walaupun menghadapi perubahan di luar kawalan dan faktor lain seperti pandemik COVID-19.

Tambahnya, Proton berserta pembekal dan pengedarnya perlu bersifat lebih anjal untuk mengubah haluan dengan kadar segera dan mengambil peluang yang tidak diduga. Mereka juga akan menggandakan usaha untuk melaksanakan kerangka kerja untuk mematuhi peraturan domestik dan peringkat antarabangsa yang penting untuk pertumbuhan masa hadapan.

Pihaknya juga sedang berusaha untuk memuktamadkan pelan pelancaran model bagi sepanjang tahun ini. Tambah beliau lagi, PKP yang berkuatkuasa ketika ini sudah tentu akan memberi impak kepada tarikh yang dirancang, namun Proton tetap komited untuk memastikan pelancaran tetap diteruskan dan akan memberi keterujaan buat pelanggan untuk tahun 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply