ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 Special Edition (SE) bakal dilancarkan tidak lama lagi – Apa yang menarik mengenainya?

Berita Tempatan

Views

Pagi tadi kami ada menyiarkan foto intip yang memaparkan sebuah treler pengangkut yang sedang membawa beberapa unit Proton X70 berwarna Ocean Blue di Tanjung Malim. Sebenarnya model tersebut adalah X70 Special Edition (SE) yang bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Apa yang menarik mengenai X70 Special Edition (SE) ini?

  • Ditawarkan dalam dua pilihan warna eksklusif, iaitu Ocean Blue dan Ruby Red.
  • Bumbung dan cermin sisi berwarna hitam.
  • Rim aloi bersaiz 19-inci (sama seperti rekaan rim yang digunakan pada Geely Bo Yue PRO / Azkarra.
  • Lencana SE di bahagian belakang.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

  • Kemasan dalaman eksklusif dengan balutan tempat duduk kulit Nappa berwarna hitam.
  • Alas kaki istimewa dengan logo SE.
  • Sistem Penapis Udara Pintar Proton (P-IAPS)

Selain itu, X70 SE turut ditawarkan dengan aksesori pilihan seperti visor pintu dan juga alat perakam video digital (DVR/dashcam). Setakat ini, masih belum ada maklumat mengenai tarikh pelancaran, harga dan juga jumlah unit yang akan dikeluarkan untuk model X70 SE. Nantikan info seterusnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply