ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton teruskan momentum jualan – Saga model kereta nasional terlaris bulan April

Berita Tempatan

Views

Momentum jualan Proton pada tahun 2021 kekal konsisten dengan mencatat pertumbuhan bagi bulan ketiga berturut-turut pada bulan April. Sebanyak 15,017 unit (domestik + eksport) telah berjaya dijual pada suku kedua pada tahun ini, meningkat 0.18 peratus berbanding bulan sebelumnya dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 26.7 peratus.

Secara keseluruhan, Proton masih kekal di tangga kedua carta jualan dengan pegangan pasaran untuk tahun ini yang dianggarkan pada 24.4 peratus, sementara jumlah keseluruhan kini berada pada 47,843 unit berikutan empat bulan pertama tahun ini.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Saga kembali ke menerajui carta jualan nasional dengan 5,472 unit dijual pada bulan April. Walaupun jumlah itu sedikit berkurangan berbanding bulan sebelumnya, permintaan untuk produk terlaris Proton ini tetap tinggi dan melebihi jumlah unit yang dibekalkan.

X50 pula sekali lagi menetapkan rekod baharu bagi jumlah penghantaran apabila 3,583 unit diserahkan pada bulan April manakala X70 memperluaskan penguasaannya dalam kategori SUV segmen-C dengan penhantaran sebanyak 2,101 unit. Gabungan 5,684 unit adalah bulan penjualan SUV kedua terbaik bagi syarikat dan hanya sedikit di belakang rekod yang dicapai dalam bulan Mac.

Tiga model yang lain juga menunjukkan prestasi yang baik seperti Persona dengan jualan sebanyak 2,266 unit sekali gus menduduki tangga kedua dalam segmennya. Exora terus mendahului kelas MPV segmen-C, manakala jualan Iriz turut meningkat dengan permintaan yang tinggi untuk model R3 Edisi Terhad.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Mengulas mengenai pencapaian ini, Ketua Pegawai Eskekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata April adalah bulan yang terbaik buat industri automotif dan selain daripada Proton, beberapa jenama lain juga menerima impaknya.

Tambah beliau, mereka akan terus berusaha untuk memenuhi permintaan produk di samping mengekalkan tahap kualitinya. Pada masa yang sama, mereka juga fokus untuk meningkatkan khidmat pelanggan dan menangani masalah berkaitan dengan ketersediaan alat ganti.

Bulan April juga telah menyaksikan Proton mengadakan upacara pecah tanah untuk kilang tekan tera baharu di kilang Tanjung Malim. Kemudahan RM200 juta itu dijangka beroperasi pada suku ketiga 2022 dan akan membolehkan syarikat mengeluarkan panel badan yang jauh lebih besar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply