ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jurutera aeronautik Britain tahu di mana lokasi pesawat MH370 terhempas?

Berita Global

Views

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, merupakan salah satu misteri penerbangan terbesar di dunia.

Menurut Utusan Online, BBC melaporkan, bagaimanapun seorang jurutera aeronautik Britain, yang telah menghabiskan lebih setahun ‘menyiasat’ bencana itu berpendapat, beliau telah ‘mengira’ kedudukan MH370 dilaporkan ‘terhempas’.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Richard Godfrey percaya pesawat Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi, 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat. Pesawat itu hilang daripada radar semasa penerbangan pada Mac 2014.

Godfrey memberitahu BBC, beliau berharap akan dapat memberikan ‘kesimpulan’ dan jawapan mengenai apa yang berlaku terhadap MH370 dan bagaimana peristiwa sama dapat dihalang pada masa depan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Beliau menggabungkan set data berbeza yang sebelum ini disimpan dalam domain berasingan, untuk menjajarkan ke lokasi baharu itu di Lautan Hindi Selatan.

Katanya, tiada siapa yang mempunyai idea sebelum ini untuk menggabungkan data satelit Inmarsat, dengan data prestasi Boeing, dengan data hanyut serpihan terapung serta data WSPR.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply