ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar SOP: Polis cari kumpulan lelaki rebut Hot Wheels di Pavillion Bukit Jalil

Berita Tempatan

Views

Tindakan sekumpulan lelaki mengerumuni rak kereta mainan Hot Wheels di sebuah kedai semasa pembukaan rasmi butik beli-belah Pavillion Bukit Jalil kelmarin mencetuskan kecaman dan kemarahan orang ramai.

MalaysiaGazette melaporkan, perbuatan bersesak-sesak tanpa menjaga penjarakan fizikal itu jelas melanggar prosedur operasi standard bagi membendung penularan Covid-19 seperti yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan awal mendapati gambar kejadian yang tular itu disahkan berlaku pada 3 Disember di Pavilion Bukit Jalil.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya polis sedang meneruskan siasatan untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam pelanggaran SOP di premis tersebut.

Menurut beliau, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021.

Katanya, pihak polis tidak akan berkompromi sekiranya wujud pelanggaran SOP membabitkan mana-mana individu di tempat awam.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Polis turut mengucapkan ribuan terima kasih atas maklumat yang disalurkan kepada PDRM bagi memastikan pematuhan SOP dipatuhi.

Tambah beliau, sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi IPD Cheras di talian 013- 2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

Kejadian sesak itu dipercayai akibat tawaran potongan harga sehingga 60 peratus untuk barangan terpilih di premis berkenaan.

Polis kini sedang mengesan kesemua individu yang terlibat dalam insiden perlanggaran SOP yang boleh membawa risiko kepada penularan wabak Covid-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Saravanan Kumar

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply