Touch ‘n Go Sdn Bhd (Touch ‘n Go) telah memperkenalkan Kad Edisi Terhad hasil kerjasama pertamanya bersama F&B tempatan Inside Scoop.
Kolaborasi menarik ini hanyalah permulaan, dengan banyak lagi yang akan datang, kerana kedua-dua jenama berkongsi misi untuk membawa kegembiraan dan kemudahan kepada kehidupan rakyat Malaysia.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Dengan slogan ‘Scoop on the Move,’ pemilik Kad Edisi Terhad Touch ‘n Go x Inside Scoop akan menikmati diskaun eksklusif 15 peratus untuk satu cedok (scoop) ais krim buatan tangan Inside Scoop di cawangan terpilih setiap hari sehingga 28 Februari 2025, hanya dengan menunjukkan kad mereka.
Ia bukan sahaja praktikal, malah sesuai untuk dijadikan hadiah buat rakan-rakan dan keluarga. Tawaran eksklusif dan reka bentuk unik kad ini menjadikannya koleksi yang mesti dimiliki dan menonjol daripada yang lain.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Kad ini turut dilengkapi NFC, membolehkan pelanggan menambah nilai baki mereka melalui Touch ‘n Go eWallet dengan telefon bimbit mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Kemudahan ini melangkaui pembayaran di tol, transit, dan tempat letak kereta, menawarkan pengalaman yang benar-benar tanpa sentuhan dan tanpa tunai.
Dengan harga RM25 setiap satu, ia boleh didapati di kedai rasmi Shopee Mall Touch ‘n Go, Pusat Khidmat dan Jualan Touch ‘n Go di Bangsar South dan NU Sentral, Touch ‘n Go eWallet Lazada eShop, dan semua cawangan Inside Scoop (kecuali B.I.G. IPC Shopping Centre & Publika).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI