Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avaza dipecut secara lawan arus sejauh kira-kira dua kilometer (km) dalam usaha pemandu dan penumpangnya untuk melarikan diri daripada ditahan polis, semalam.
Terdahulu dalam insiden kira-kira jam 6.30 petang, kedua-dua suspek dipercayai cuba meloloskan diri selepas menyedari polis melakukan pemeriksaan di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Sekinchan.
Berita Harian melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon, berkata justeru polis bertindak mengekori MPV itu hingga ke Jalan Tali Air 6.
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
Bagaimanapun setiba di lokasi, suspek memandu secara lawan arus hingga ke Jalan Tali Air 7 dan terus memasuki Jalan Haji Miskan. Tambahnya, apabila sampai di jalan itu, pemandu disyaki melompat keluar dari kenderaan yang masih bergerak, sekali gus menyebabkan Avanza berkenaan terbabas ke parit di sebelah kiri jalan.
Pemandu terbabit dapat melarikan diri, namun seorang lelaki di tempat duduk penumpang hadapan berjaya ditahan. Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 27 tahun itu menemui 19 peket dadah disyaki jenis syabu seberat 15.5 gram di dalam beg sandangnya.
Dadah terbabit dianggarkan bernilai RM450. Hasil semakan lanjut mendapati suspek yang mengalami kecederaan ringan di kaki kiri, turut mempunyai rekod lampau dadah. Malah, ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
Chee Khoon berkata, suspek kemudian diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk siasatan lanjut. Susulan itu, beliau berkata, polis sudah mengenal pasti identiti pemandu MPV terbabit dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Terdahulu, tular rakaman video dalam laman sosial yang menunjukkan sebuah MPV dipandu secara lawan arus sambil dikejar polis. Video berdurasi 1 minit 2 saat itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan pemandu Avanza terbabit kerana membahayakan pengguna jalan raya lain.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
KOMEN TERKINI