ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

SRT dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing, Razlan kekal sebagai prinsipal

Sukan Permotoran

Views

Teka-teki mengenai hala tuju Sepang Racing Team (SRT) terjawab dan ia bakal dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing.

Perjanjian selama lima tahun yang antara RNF Racing dan IRTA menyaksikan penstrukturan semula pasukan bagi mengekalkan status mereka sebagai pasukan bebas dalam kelas MotoGP.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Selain itu, Razlan Razali turut kekal sebagai prinsipal pasukan. Pasukan ini mula bersaing dalam kelas perdana sejak 2019, menerusi gandingan Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Quartararo telah berjaya merangkul tujuh podium pada penampilan sulungnya di MotoGP, manakala Morbidelli turut konsisten di kedudukan lima teratas dalam perlumbaan.

Ini sekaligus menyaksikan pasukan itu muncul sebagai Pasukan Bebas terbaik dan menamatkan saingan di tempat keempat keseluruhan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Quartararo turut menerima anugerah “Rookie of the Year“, dengan menduduki tangga kelima keseluruhan dan Morbidelli berada pada kedudukan 10 pelumba teratas.

Musim lalu, Morbidelli berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan, dengan Petronas Yamaha SRT turut berada di kedudukan kedua keseluruhan dan turut mengekalkan gelaran mereka pada musim sebelumnya.

Bermula tahun depan (2022) sehingga 2026, era baharu pasukan ini bermula dan akan menggunakan nama RNF Racing untuk memburu lebih banyak kejayaan lagi pada musim akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply