ARKIB

KATEGORI

Buletin

Karnival Jualan Proton ke Pulau Mutiara hujung minggu ini!

Views

09330E2EF3D4474E8348DB6FE8C1E10E.ashx

Kepada orang Utara, khususnya yang tinggal berdekatan Juru Auto-City Pulau Pinang, Karnival Jualan Proton akan berkampung di sana bermula esok 24 hingga 26 Januari 2014. Karnival akan bermula jam 10 pagi hingga ke tengah malam bakal menyaksikan penampilan varian terbaru Proton Suprima S Super Premium yang telah diperkenalkan di Melaka minggu lalu. Proton juga bakal melancarkan sebuah lagi model varian baharu pada hari pertama karnival tersebut.

Kali ini 84 unit kenderaan Proton pelbagai model termasuk Suprima S, Preve dan Satria Neo R3 tersedia untuk dipandu uji oleh para pengunjung. Proton akan menawarkan promosi jualan istimewa bagi model kenderaan Proton edisi terhad 2013 dengan diskaun yang cukup hebat.

Selain itu, diskaun sehingga 60% untuk alat ganti bagi model Proton terpilih seperti Waja, Savvy, Persona, Wira, Inspira dan Saga turut ditawarkan sepanjang karnival ini berlangsung. Yang paling menarik, ada antara alat ganti tersebut ditawarkan pada harga serendah RM1.00!

Pakej pembiayaan kenderaan istimewa turut ditawarkan sepanjang karnival berlangsung termasuklah skim yang dikenali “Take Now Pay Later (Ambil Sekarang Bayar Kemudian)”, kadar faedah istimewa dan langkah pembiayaan yang boleh dipilih oleh bakal pembeli semasa karnival tersebut.

Selai tawaran hebat dan pakej, pengunjung juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dan menikmati aktiviti keluarga serta dan permainan yang menyeronokkan, penampilan pemain bolasepak Kedah FA, persembahan hiburan dari artis tempatan selain demonstrasi sukan bermotor oleh pasukan PROTON R3 dan LOTUS Cars Malaysia.

Karnival Jualan Proton bakal bergerak ke Pantai Timur bulan hadapan dan Kuala Terengganu bakal menjadi destinasi seterusnya pada 8 hingga 9 Februari 2014. Kepada orang Utara jangan lepaskan peluang ini dan kepada set-set Pantai Timur pula, mu tunggu Proton datang ye!

* Kenapa la Proton tak buat karnival ni di Kuantan, boleh juga saya buat liputan. Hogoh kang baru tau, hahahaha….

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

12 Comments

Leave a Reply