ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kawasaki perkenal logo baharu

Berita Global

Views

Kawasaki Heavy Industries (KHI) telah pun mengumumkan Kawasaki Motors Limited sebagai entiti berasingan yang dipertanggungjawabkan mengendali segala perihal motosikal syarikat Jepun itu, baru-baru ini.

Menurut MotoMalaya.net, keputusan itu dibuat setelah jualan motosikal global (lebih 400cc) telah pun meningkat lebih 80 peratus sejak 2017.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Kawasaki berkata, demografik pelanggannya juga semakin muda, dengan lebih 60 peratus peningkatan membabitkan pelanggan yang berusia sekitar 20 tahun.

Bulan lalu, presiden baharu Kawasaki Motors Limited, Hiroshi Ito, mendedahkan perancangan untuk mengembangkan kilang di Amerika Syarikat, selain membina kilang baharu di Mexico.

Syarikat itu juga menyuntik lebih USD265 juta dalam usaha menambah kapasiti pengeluaran di pasaran Amerika Utara serta beberapa benua lain.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Pembawakan nama baharu juga memerlukan logo serta imej berlainan dan hasilnya pengeluar motosikal Jepun itu memilih Kawasaki River Mark sebagai lencana baharu bermula 1 Oktober 2021.

Logo River Mark tersebut merupakan lencana yang pernah digunakan pada model H2 dan H2R sebelum ini,  dan ia merupakan huruf kanji Jepun yang bermaksud ‘kawa’ atau ‘sungai/river’.

Nama dan logo baharu ini sekali gus menandakan permulaan era baharu bagi jenama Jepun itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply