ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kebakaran tujuh kenderaan di PPR Pantai Ria dipercayai ada unsur khianat

Berita Tempatan

Views

Polis membuka kertas siasatan berkaitan kes khianat susulan kebakaran tujuh kenderaan di Blok D Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Jalan Pantai, semalam. Menurut Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, polis menerima maklumat berhubung kes khianat dengan api itu pada 12.45 tengah hari selepas wanita memaklumkan berlaku kebakaran di tempat letak kereta.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Menurutnya, pihak polis pergi ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati tujuh kenderaan terbakar. Beliau berkata, pihak forensik Bomba yang turut hadir ke lokasi kejadian menemui satu botol berbau petrol dan kesan simbahan petrol di hadapan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam dan sebuah van berwarna merah disyaki menjadi punca kebakaran.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Tambahnya, sebanyak lima spesimen di tempat kebakaran diambil dan akan dibawa ke makmal untuk analisis punca sebenar kebakaran. Basri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti melanggar undang-undang,.

Portal berita Harian Metro semalam melaporkan sebanyak enam kenderaan musnah dalam kebakaran di Blok D PPR Pantai Ria, semalam. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian 12.46 tengah hari sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai serta Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply