ARKIB

KATEGORI

Tular

Kecoh video tular ‘BMW kena tarik’ sampai polis masuk campur, ini cerita dari pemiliknya…

Tular

Views

Hari ini tular beberapa video di media sosial berhubung kisah ‘BMW kena tarik‘ kerana dikatakan mempunyai ansuran bulanan tertunggak selama 8 bulan.

Apa yang menjadikan kisah ini ‘lebih hangat’ adalah ‘pihak polis terpaksa campur tangan‘ kerana situasi bertambah tegang antara pihak penarik kereta dan pemilik.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Menurut satu hantaran oleh pemilik kereta berkenaan di akaun Facebook Dina Abdul Rahman, dia mengatakan yang bayaran bulanannya sentiasa dibayar kepada pihak bank, namun tidak diketahui ke mana perginya wang tersebut.

Disebabkan kekecohan yang berlaku, pihaknya terpaksa menghubungi polis bagi menenangkan keadaan. Kereta BMW itu kini telah dibawa dan disimpan di Ibu Pejabat Polis Sungai Petani atas nasihat pegawai bertugas.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Kes tersebut juga kini sedang disiasat oleh pihak polis dan pada hari Isnin nanti, dia akan memaklumkan perkembangan selanjutnya selepas ‘bertemu dengan pihak bank’.

Tambah Dina, secara logiknya jika kereta itu ‘sangkut bayar bulanan’ sudah pasti ia akan disembunyikan dan tidak diletakkan secara terang-terangan di luar pagar rumah.

Apakah kesudahan kisah ini? Kita sama-sama nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply