ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemalangan maut empat beranak, pemandu Hilux akan ditahan

Berita Tempatan

Views

Pemandu kenderaan jenis pacuan empat roda Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan hari ini hingga empat beranak terkorban termasuk dua kanak-kanak akan ditahan.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifuddin Mohd. Salleh berkata, pemandu Hilux yang berusia 27 tahun itu akan ditahan dalam masa terdekat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Katanya, kejadian pada pukul 11.20 pagi itu berlaku di Lebuh Raya Sultan Iskandar berhampiran Wisma Tani, dekat Kuala Lumpur.

Jelas beliau, kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux yang dipandu dari arah Bangi menghala Selayang telah terbabas di selekoh lalu melanggar pokok yang berada di pembahagi jalan.

Rempuhan itu menyebabkan kenderaan tersebut telah masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Sarifuddin berkata, akibat dari kemalangan tersebut, empat sekeluarga berusia 3 hingga 31 tahun yang berada di dalam kereta (MPV) Hyundai Starex itu telah disahkan maut di lokasi oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurutnya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) manakala pemandu Toyota Hilux dibawa ke HKL untuk rawatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H. S Lee ditalian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bomba KL

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply