ARKIB

KATEGORI

Tular

Buat aksi ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi, penunggang superbike dikecam warganet

Tular

Views

Tindakan sekumpulan individu menunggang motosikal berkuasa besar secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang mengundang kecaman warganet selepas video aksi itu tular baru-baru ini.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Menurut KOSMO! ONLINE, rakaman video berdurasi kira-kira 45 saat itu yang dimuat naik ke laman sosial menunjukkan penunggang sebuah motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi.

Manakala sebahagian sedutan video memaparkan panel meter motosikal individu yang membuat rakaman itu yang menunjukkan ia dipecut sehingga kelajuan lebih 280 kilometer sejam (km/j).

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Kumpulan terbabit yang tidak melalui lorong motosikal dipercayai dalam perjalanan dari arah pulau menuju ke Seberang Perai.

Rata-rata pengguna media sosial yang menonton video berkenaan mengecam tindakan itu apabila menganggapnya sebagai aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply