ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemalangan tiada kaitan kawalan pengiring orang kenamaan – JSPT Melaka

Tular

Views

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka membuat laporan polis bagi menafikan isu tular yang mendakwa kawalan lalu lintas untuk orang kenamaan menjadi punca kemalangan pada 26 Februari lalu.

Menurut Harian Metro, Ketua JSPT negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, JSPT terkesan dengan satu hantaran di Facebook, semalam, mengenai perkara berkenaan dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 223 Akta Telekomunikasi dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan terhadap pemilik laman sosial berkenaan.

Katanya, menerusi hantaran Facebook itu, seorang warganet mendakwa pada 9. 40 pagi kelmarin ketika dalam perjalanan ke bank, dia terbabit kemalangan dengan motosikal dari arah sama ketika melalui persimpangan lampu isyarat Krubong/Cheng di Melaka Tengah.

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran

Katanya, netizen itu mendakwa ia susulan daripada tindakan polis trafik yang sedang mengiringi orang kenamaan melalui jalan berkenaan. Pihak JSPT Melaka mengambil maklum perkara berkenaan dan melakukan siasatan dan terdapat satu laporan kemalangan jalan raya bersangkutan dibuat pengadu dan disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Bagaimanapun, sehingga sekarang penunggang motosikal yang terbabit masih belum membuat laporan polis. Justeru usaha mengesan sedang dijalankan. Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika kemalangan berlaku, tiada sebarang tugas mengiring orang kenamaan seperti dinyatakan warganet itu tetapi anggota terbabit sedang membuat kawalan lalu lintas sempena perayaan Masimagam di Kuil Krubong, Tampoi.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku anggota trafik sedang melancarkan pergerakan kenderaan dengan memberi laluan kepada pengangkutan membawa berhala (patung) dari arah bandar Melaka menghala ke arah Jalan Krubong.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

Tindakan berkenaan selaras dengan Seksyen 21(1)(a) Akta Polis 1967 iaitu mengatur, mengawal dan melencongkan mana-mana lalu lintas. Malah, ia selaras dengan arahan Pengarah JSPT nombor 7 mengawal lalu lintas jika berlaku kesesakan.

Hantaran Facebook warganet berkenaan menyatakan dia ingin ke bank untuk mengirim wang kepada ibunya. Setibanya di simpang jalan, secara tiba-tiba ada polis yang mengiringi orang kenamaan menghalang jalan ketika lampu isyarat berwarna hijau.

Lelaki tersebut terkejut namun masih sempat membrek dan berhenti. Namun ada penunggang motosikal di belakangnya tidak sempat membrek lalu merempuh keretanya. Konvoi orang kenamaan itu dikatakan hanya melihat dan meneruskan perjalanan. Akhirnya lelaki itu membatalkan hasrat ke bank dan terus ke balai polis untuk membuat laporan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply