ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kementerian Pengangkutan terima set pertama ETS3

Berita Lokal

Views

Malaysia menerima set pertama Tren Elektrik (ETS3) bagi perkhidmatan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, semalam.

ETS3 itu diserahkan China Railway Construction Corporation (CRCC) kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) pada majlis penyampaian di Zhuzhou, Wilayah Hunan, China.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pada majlis itu berkata beliau gembira kerana projek ETS3 berjalan lancar dan berharap set seterusnya dapat dihantar dan disiapkan mengikut waktu.

“Apabila siap menjelang tahun depan, kita akan memulakan perkhidmatan ETS dari Kuala Lumpur Sentral sampai ke Johor Bahru dengan siapnya landasan Johor Bahru-Gemas nanti.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

“Tunggu perkhidmatan ini sampai dan kami akan memberikan khidmat terbaru kepada rakyat Malaysia,” katanya menerusi video yang dikongsikan MOT kepada media Malaysia semalam.

Sementara itu, Loke dalam ucapannya pada majlis itu berkata kereta api ETS3 baharu itu, berkapasiti 312 tempat duduk dengan 36 untuk kelas perniagaan dan 276 tempat duduk standard.

“Saya dimaklumkan, lapan kereta api akan dipasang di Malaysia selain dua set pertama yang akan dihantar dari Zhuzhou, China,” katanya.

Loke berkata penghantaran untuk semua kereta api itu ditetapkan pada 12 Ogos tahun depan, dan ETS3 akan digunakan untuk landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru serta keseluruhan Rangkaian Rel Pantai Barat dari Padang Besar di Utara, ke Johor Bahru di Selatan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata kereta api baharu itu akan menjadi transformasi kepada perjalanan di Malaysia.

Loke juga menyifatkannya sebagai pengubah keadaan untuk berjuta-juta rakyat Malaysia, kerana masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru akan dikurangkan dengan banyak dan keandalan dan keselamatan pengangkutan juga akan bertambah baik secara signifikan.

“Perlu juga dinyatakan bahawa usaha signifikan telah diambil bagi memastikan pengeluar tempatan Malaysia mendapat penyertaan dan faedah hasil kerjasama dengan CRRC di Malaysia,” katanya.

 

Projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru merangkumi landasan sepanjang 192 kilometer dan 11 hentian. Ia akan melalui empat daerah utama di Johor, termasuk Segamat, Kluang, Kulai, dan Johor Bahru, dengan stesen terakhir di JB Sentral.

Apabila siap perjalanan dari KL Sentral di Brickfields ke JB Sentral, akan mengambil masa tiga jam 30 minit pada kelajuan 140 kilometer sejam. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Railway Assets Corporation dan CRRC Rolling Stock Center Malaysia Sdn. Bhd.

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply