ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen ‘Anda Beli, Kami Derma’ Shell sebarkan semangat perkongsian dan penyayang sempena Hari Raya

Berita Tempatan

Views

Shell meneruskan Kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Raya mereka buat kali kelima berturut-turut menerusi kempen ‘Anda Beli, Kami Derma’. Kempen ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dari 30 Mei 2019 hingga 8 Jun 2019 dan sumbangan akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Food Aid Foundation dan Persatuan Alam Semulajadi Malaysia.

Sepanjang tempoh ini, setiap liter minyak Shell yang dipam, 1 sen akan disumbangkan kepada organisasi yang terpilih. Selain itu, Shell juga akan menderma 1 sen untuk setiap RM1.00 yang dibelanjakan di semua kedai SELECT (tidak termasuk produk E-Pay contohnya tambah nilai pra-bayar, pembelian Touch N Go dan perkhidmatan In-Store seperti pembayaran bil utiliti).

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata untuk tahun ini mereka telah memutuskan untuk menambah perjalanan ‘balik kampung’ dengan menyebarkan lebih keceriaan kepada mereka yang memerlukan. Ini adalah sejajar dengan usaha mereka untuk menjadikan perjalanan lebih baik untuk komuniti setempat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, beliau memuji Shell kerana usaha ini dan pelanggan mereka kini lebih mudah untuk berkongsi rasa syukur dengan mereka yang memerlukan dan menjadikan perjalanan ‘balik kampung’ lebih bermakna.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Untuk tahun kedua,  turut memberikan sumbangan tambahan untuk kempen tersebut. Untuk setiap liter minyak Shell yang dipam dan setiap RM1.00 yang dibelanjakan di kedai Shell SELECT menerusi pembayaran dengan kad debit atau kredit Mastercard, tambahan 1 sen akan disumbangkan kepada Food Aid Foundation.

Menurut Pengurus Negara Malaysia dan Brunei, Mastercard, Perry Ong, sumbangan ini akan disalurkan untuk membekalkan makanan kepada kanak-kanak yang memerlukan, terutama sekali semasa perayaan Hari Raya. Inisiatif ini selaras dengan falsafah Mastercard selain berusaha untuk meningkatkan penggunaan e-bayaran untuk transaksi seharian.

Menerusi kempen ini juga, Shell memberi pilihan kepada pelanggan untuk menyalurkan sumbangan mereka kepada organisasi yang dipilih sendiri oleh mereka. Untuk berbuat demikian, mereka perlu menghantar resit asal atau salinan di stesen Shell dengan menyatakan organisasi pilihan mereka. Pastikan anda tandakan kalendar bagi menunjukkan tanda sokongan kepada komuniti ini.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply