ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Berita Global

Views

Artikel ini mungkin mengandungi ‘spoiler’ untuk mereka yang belum menonton filem Avengers:Endgame lagi. Menurut laman sesawang Abacusnews.com, markas Avengers yang dipenuhi kapal angkasa dan juga mesin masa Quantum Realm dalam filem adiwira tersebut sebenarnya milik pengeluar jentera berat seperti jengkaut, kren, jentolak dan trak pembancuh simen (lori siput).

Seorang peminat tegar Marvel dari China menerusi Weibo telah mendedahkan rahsia besar tersebut dan memberitahu markas adiwira terhandal di dunia itu sebenarnya ibu pejabat pengeluar jentera berat dari China, iaitu Sany Heavy Industry Co. yang terletak di Georgia.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!

Info tersebut kemudiannya mula sohor kini di media sosial di negara tersebut dan satu penemuan telah berjaya dibuat oleh media China. Salah seorang wartawan filem China yang rapat dengan Paul Rudd turut memnuat naik satu gambar di set menerusi Weibo, dan mengatakan beliau telah melawat ke lokasi tersebut semasa penggambaran filem Endgame.

Ramai warga maya gembira dengan pilihan lokasi tersebut kerana ia signifikan dengan Avengers yang sememangnya lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi dan canggih. Namun ramai juga yang seakan tidak percaya lokasi tersebut sebenarnya ibu pejabat syarikat pengeluar jentera berat.

Ini bukan kali pertama peminat China berjaya membongkar penampilan negara mereka dalam Marvel Cinematic Universe. Pada musim kedua Marvel’s Agents of S.H.I.E.L.D., satu peta yang memaparkan organisasi jahat Hydra dikatakan hampir sama dengan peta Shanghai. Ketika itu kebanyakan dari mereka menghentam Marvel kerana mengaitkan negara mereka dengan kejahatan.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Mungkin ini satu cara Marvel menebus balik kesalahan mereka dengan menampilkan negara tembok besar itu pada sisi yang baik. Ramai peminat mereka dari sana berasa bangga kerana Russo Bersaudara memilih ibu pejabat Sany sebagai markas Avengers yang akhirnya musnah dihentam oleh pasukan tentera Thanos.

Babak akhir filem ini menyaksikan hampir semua adiwira yang lenyap menjadi debu dalam Infinity Wars muncul kembali untuk berperang sehingga penamat dan memperoleh kemenangan. Namun akhirnya pertempuran epik tersebut menjadi asbab watak utamanya, Ironman terkorban. Oppss.. terlepas cakap pula, hehehe.

Dah tengok Avengers:Endgame ke belum?

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply