Agak lama juga laman sesawang kami ini ‘sendu’ tanpa info-info terkini mengenai Proton setelah Persona dan Iriz 2019 dilancarkan, betul tak? Ini mungkin info-info yang bakal membuatkan anda kembali bertenaga setelah separuh hari berpuasa. Menurut perisik handalan kami Mat Bond, Saga facelift kini sudah tiba pada fasa ujian percubaan pengeluaran di Shah Alam.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
Ini mungkin satu petanda yang ia akan diperkenalkan dalam beberapa bulan sahaja lagi jika maklumat ini benar-benar sahih. Selain itu Mat Bond juga mengesahkan beberapa info lain mengenai model naik taraf tersebut.
Apa yang berubah pada Saga facelift?
- Bampar depan dan belakang serba baharu yang menampilkan elemen rekaan busur (Ethereal Bow) dan motif anyaman infiniti (Infinite Weave).
- Tiada lagi rim kompang (besi). Semua varian akan dibekalkan dengan rim aloi.
- Varian Standard akan turut dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
- Varian Premium akan dilengkapi dengan ciri Kawalan Cengkaman.
- Varian Premium dan Executive akan dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED (DRL).
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
- Transmisi automatik serba baharu dari Hyundai PowerTech.
- Rim aloi reka bentuk baharu.
- Unit infohiburan dengan skrin sentuh seakan terapung pada konsol tengah papan pemuka (tidak pasti sama ada ia dilengkapi dengan fungsi Arahan Suara atau tidak).
- Antena jenis ‘sengat lebah’ (bee sting).
- Tolok meter serba baharu dengan paparan multinfo di tengah-tengah.
- Kemasan sarung tempat duduk baharu (masih belum disahkan).
Buat masa ini, itu sahaja info yang diperolehi dan kami akan berkongsi perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Kami berharap Proton akan sekali lagi membuat kejutan dengan menurunkan harga Saga facelift nanti. Dengar cerita Saga facelift ni makin lawa. Tunggu!
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI