ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen Keselamatan Nissan 2015 berakhir

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini mengakhiri Kempen Keselamatan Nissan 2015 menerusi program Pengalaman Pemanduan Selamat Nissan yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Seramai 60 orang pemilik kenderaan Nissan telah mengambil bahagian dalam acara tersebut. Mereka memandu kenderaan masing-masing yang terdiri daripada Nissan Teana, X-Trail, Sylphy, Almera, Serena S-Hybrid, X-Gear, Grand Livina dan Nissan Latio.

Pengalaman Pemanduan Selamat Nissan bertujuan mengajar pemilik kenderaan Nissan tentang teknik pemanduan yang betul dan selamat. Sekali gus memberikan mereka kemahiran dan alat yang diperlukan supaya dapat memandu secara selamat di atas jalan raya serta mempelajari ciri-ciri keselamatan di dalam kenderaan Nissan masing-masing. Modul itu melibatkan satu sesi teori yang merangkumi aspek kedudukan stereng dan posisi duduk yang betul.

03 NSD_Car Line-Up

Sementara kursus amali melibatkan slalom untuk memahami teknik pengendalian stereng dengan lebih baik. Latihan brek dan menukar haluan pula bertujuan menunjukkan keupayaan sistem brek anti-kunci (ABS). Manakala latihan kawalan gelinciran bertujuan menunjukkan bagaimana sistem kawalan cengkaman membantu mengawal kenderaan di atas jalan yang licin. Masa latihan para peserta turut direkod bagi membolehkan jurulatih menilai tahap kemahiran pemanduan mereka dengan lebih efisien.

“Keselamatan jalan raya adalah amat penting. Sebagai sebuah syarikat kereta, kami bukan sahaja komited untuk memastikan teknologi keselamatan terkini untuk kenderaan Nissan kami. Malah, melalui Pengalaman Pemanduan Selamat ini, kami berharap pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat memberi manfaat kepada pemilik kenderaan Nissan untuk menjadi pemandu yang lebih bijak dan selamat di jalan raya,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng.

Pemanduan Selamat Nissan selama satu hari ini merupakan program terakhir di bawah Kempen Keselamatan Nissan 2015 anjuran ETCM. Dilancarkan pada bulan April lalu di Legoland, Johor Bahru, Kempen Keselamatan Nissan 2015 turut merangkumi satu kempen kanak-kanak dikenali sebagai Karnival Keselamatan Kanak-kanak yang telah diadakan sepanjang tahun di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

02 NSD_Group Photo

“Kami menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan untuk Karnival Keselamatan Kanak-kanak dan Pengalaman Pemanduan Selamat daripada para pelanggan kami pada tahun ini dengan penglibatan kira-kira 1,300 peserta. Kami berbesar hati apabila mengetahui pemilik kenderaan kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kualiti keselamatan mereka. Kami tidak sabar untuk merancang program-program pendidikan yang lebih menyeronokkan seperti ini pada masa akan datang,” tambah beliau.

Sempena Kempen Keselamatan Nissan pada tahun ini, ETCM telah memperkenalkan program ganjaran pemilikan yang dikenali sebagai NISCARE. Ia dibangunkan secara eksklusif untuk pemilik kenderaan Nissan. Ahli-ahli NISCARE boleh menikmati pelbagai kelebihan dengan yuran tahunan hanya RM30 (sebelum GST). Mereka bakal menikmati perkhidmatan seperti Bantuan Kecemasan Tepi Jalan 24 jam, penjimatan sebanyak lima peratus ke atas alat-alat ganti Nissan dan kos buruh, diberi keutamaan untuk menyertai Acara-acara Pelanggan Nissan serta banyak lagi. Untuk tempoh terhad, NISCARE turut menawarkan keistimewaan Legoland seperti diskaun tiket masuk, makanan dan minuman di Taman Tema Legoland.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply