ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga model keluaran Mitsubishi Motors Malaysia naik mulai tahun hadapan!

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia hari ni mengumumkan kenaikan harga kenderaannya mulai suku pertama tahun hadapan yang disebabkan oleh kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia (RM). Ini secara langsung telah mengakibatkan impak kepada keseluruhan kos kenderaannya.

Mitsubishi Motors Malaysia buat masa ini menganggarkan kenaikan harga di antara 2% – 7% bergantung kepada model. MMM akan terus menawarkan tawaran menarik dan promosi untuk pelanggan kami. Kami terus komited untuk menyediakan pemilikan yang menyenangkan dan kereta dengan harga yang berpatutan, “kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Encik Yang Won-Chul.

Jika nilai mata wang Ringgit Malaysia bertambah baik, syarikat itu akan mengkaji semula struktur harga tersebut. MMM mempunyai 58 bilik pameran (daripada yang 49 adalah pusat 3S) dan 53 pusat servis di seluruh Malaysia.

Sejak tahun 2005, MMM telah menjual lebih 90,000 unit kenderaan di Malaysia. ASX 2WD dan 4WD kompak SUV pemasangan tempatan di Malaysia manakala model Mitsubishi lain diimport sebagai CBU (Completely Built-Up) unit daripada Thailand (hatchback kompak Mirage, Attrage sedan, Pajero Sport SUV, pikap Triton) dan Jepun (Lancer).

sumber : careta.my

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply