ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan jelajah angkasa lepas China, Yutu-2 berjaya temui ‘rumah misteri’ di bulan?

Berita Global

Views

Baru-baru ini kenderaan jelajah angkasa lepas China, Yutu-2 telah berjaya menemui sebuah objek yang dikatakan ‘rumah misteri‘ di permukaan bulan. Menurut news9live.com, objek berbentuk kiub itu telah berjaya dikesan kira-kira 80 meter dari kenderaan itu di kawah Von Kármán.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Kenderaan itu dilaporkan akan bergerak menghampirinya bagi mengenalpasti apakah objek tersebut. Spekulasi mengatakan ia adalah kubu tinggalan spesies antara planet (makhluk asing kot?). Besar kemungkinan ia merupakan bongkah atau serpihan, seperti beberapa yang objek lain di permukaan bulan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Yutu-2 telah dilancarkan pada 2018 oleh China sebagai sebahagian daripada misi pendaratan bulan Chang’e-4. Ia mula memasuki orbit bulan pada 12 Disember 2019, sebelum mencatat sejarah pada 3 Januari 2020, sebagai misi pertama yang berjaya mendarat di permukaan bulan.

Kenderaan enam-roda itu dikuasakan oleh sel solar dan telah meneroka bahagian jauh bulan sejak itu. Terdahulu pada 2019, kenderaan jelajah itu menemui bahan seperti gel berwarna pelik yang mencetuskan minat antarabangsa. Ia kemudiannya disahkan sebagai batu yang kebetulan kelihatan berkilat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Andrew Jones

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply