ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih kurang saiz Kiub Rubik mini je! Inilah GerhanaSAT, satelit terkecil di dunia buatan Malaysia!

Berita Tempatan

Views

Tahukah anda, syarikat tempatan Independence-X Aerospace telah berjaya membina satelit terkecil di dunia yang dinamakan GerhanaSAT.

Ia merupakan satelit kelas femtosat yang membekalkan perkhidmatan komunikasi satelit secara PERCUMA yang dikenali sebagai Telemetri Ringan dan pautan Tele-arah kepada dron dan Internet segala benda (IoT) sekitar khatulistiwa.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Pautan itu akan disediakan sebagai buruj satelit dan boleh digunakan dengan membeli perkakasan Terminal Pautan-Khatulistiwa proprietari keluaran syarikat tersebut. Perkara ini telah diumumkan menerusi akaun Facebook sahabat kami Izmir Yamin yang merupakan CEO / CTO syarikat tersebut sejak malam tadi.

Tambahnya, Agensi Angkasa Malaysia – MYSA merupakan rakan kolaborasi utama yang diterajui oleh Ketua Pengarahnya, yang berbahagia Tuan Haji Azlikamil Napiah. MYSA merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Selain itu, projek ini turut menerima sokongan yang berterusan dari pihak SIRIM. Pelancaran buruj pertama akan dilakukan oleh SpaceX, dan pelancaran buruj kedua oleh kenderaan pelancar buatan Independence-X Aerospace sendiri iaitu Kenderaan Pelancar Nano Khusus (DNLV).

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Dalam masa yang sama, Izmir turut mengumumkan pertandingan Cabaran Satelit yang dinamakan GerhanaSAT Challenge 2022 yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM12,000 untung pemenang utama.

Pertandingan akan berlangsung selama 5 bulan dan pendaftaran adalah secara berpasukan, sengan yuran pendaftaran sebanyak RM1,000 yang merangkumi satu set kit satelit GerhanaSAT bagi setiap kumpulan. Maklumat lebih lanjut akan diumumkan pada bulan Januari 2022.

Seharusnya kita sebagai Keluarga Malaysia berbangga dengan pencapaian ini! Syabas Independence-X Aerospace!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Izmir Yamin

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply