Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membentang akta baharu atau meminda undang-undang sedia ada berkait ‘Lemon Law‘ di Parlimen seawal penggal pertama tahun depan.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, dalam merealisasikan hasrat itu, pihaknya telah melantik pakar perunding dalam menjalankan kajian pewujudan perundangan berkaitan ‘Lemon Law’ bermula bulan ini hingga September.
Katanya, usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk melaksanakan reformasi undang-undang bagi mewujudkan kerangka perundangan pengguna yang lebih komprehensif sejajar dengan tuntutan semasa.
Di Malaysia, peruntukan perundangan bercirikan ‘Lemon Law’ berkaitan hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal dan pengilang untuk barangan yang tidak mematuhi gerenti termaktub dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) dibawah kawal selia KPDN.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Selain daripda Akta 599, beberapa perundangan lain seperti Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Sewa Beli 1967 turut mempunyai peruntukan undang-undang yang mempunyai komponen ‘Lemon Law.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Simposium Kepenggunaan Malaysia 2024 berkaitan ‘Lemon Law’ di Putrajaya, hari ini.
Jelasnya, hasil kajian ini akan dijadikan asas pertimbangan untuk membuat keputusan dasar diperingkat kementerian untuk menetapkan hala tuju pewujudan rangka kerja perundangan baharu bagi memperkukuhkan hak pengguna.
“Ini termasuklah keputusan untuk membuat penambahbaikan perundangan sedia ada iaitu Akta 599 atau pewujudan perundangan baharu,” ujarnya.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Sebelum kerangka perundangan baharu dimuktamatkan, Armizan berkata pihaknya melaksanakan dua strategi interim berkuatkuasa 1 Jun bagi pendayaupayaan perlindungan pengguna iaitu penubuhan Pasukan Rundingan Khas Berkaitan Aduan Kenderaan Bermotor.
Strategi lain juga adalah dengan pengukuhan proses Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) melalui kerjasama strategik dengan Bank Negara.
“Dua strategi interim ini merupakan intervensi oleh kerajaan untuk membantu pengguna apabila tuntutan awal mereka dengan pemain industri kurang berjaya dan tidak dapat diselesaikan,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata sejak 2019 sehingga kini sebanyak 557 kes membabitkan kereta baharu difailkan di TTPM dengan 523 kes telah selesai manakala 34 kes masih belum selesai.
“Selain itu, TTPM turut menerima 1,201 kes membabitkan kereta terpakai dengan 1,142 kes telah selesai,” katanya. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI