Gara-gara meninggalkan kereta tanpa dimatikan enjin untuk ke tandas, seorang akauntan mengalami kerugian kira-kira RM94,000 apabila kereta jenis Honda City miliknya dilarikan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Kuantan, semalam.
Malah dalam kejadian itu mangsa yang berusia 38 tahun melalui detik mencemaskan apabila ibunya berusia 68 tahun yang berada dalam kereta berkenaan turut dibawa sebelum ditinggalkan kira-kira 400 meter daripada lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 3.10 petang itu berlaku ketika mangsa bersama ayah dan ibunya berhenti mengisi minyak di stesen minyak berkenaan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Ketika mengisi minyak ayah dan ibu pengadu (mangsa) telah ke tandas dan setelah selesai mengisi minyak pengadu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta sebelum ibu pengadu (mangsa) masuk ke dalam kereta.
Tiba-tiba pengadu (mangsa) mendengar ibunya menjerit meminta tolong dan pengadu mendapati kereta miliknya dibawa lari bersama emaknya yang berada di dalam kereta berkenaan.
Tambahnya, ibu mangsa diturunkan di tepi jalan kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian dan berada dalam keadaan selamat.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Menurutnya, kes disiasat mengikut bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan bagi mengesan suspek.
Hasil siasatan mendapati suspek datang ke stesen minyak berkenaan menggunakan sebuah motosikal jenis Honda EX-5 sebelum melarikan kereta pengadu.
Semakan motosikal yang ditinggalkan suspek mendapati nombor pendaftaran yang digunakan palsu dan semakan melalui nombor enjin mendapati motosikal berkenaan masih dilaporkan hilang. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI