ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan akan tetap laksanakan pengurangan subsidi petrol tahun ini – Rafizi

Berita Tempatan

Views

Kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol tahun ini dalam usaha untuk mengecilkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, susulan jangkaan rasionalisasi bahan api itu, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat dengan risiko inflasi meningkat sebelum rancangan itu dilaksanakan.

“Kita berada pada landasan yang tepat untuk memberi bantuan bersasar kepada golongan yang memerlukan. Kerajaan tetap akan melaksanakannya (rasionalisasi subsidi petrol).

“Untuk mencapai sasaran fiskal 4.3 peratus, garis masa yang ditetapkan perlu dipatuhi,” katanya kepada Bloomberg.

Akhir tahun lalu, Rafizi dilaporkan berkata, kerajaan akan melaksanakan program subsidi bersasar RON95 pada separuh kedua 2024.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata, 2024 akan memperlihatkan usaha kerajaan kepada pelaksanaan dasar dan dengan penubuhan Pangkalan Data Utama (PADU) pada Januari 2024 memberikan akses kepada data granular yang diperlukan untuk melaksanakan program bersasar seperti rasionalisasi subsidi atau reformasi kebajikan sosial.

Katanya, kerajaan mengambil masa untuk melaksanakan program subsidi bersasar bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

“Adalah dijangkakan akan ada ketidakpuasan dan masalah sebaik ia dilaksanakan, tetapi kerajaan tidak mampu kepada pusingan ‘U’ apabila ia dilaksanakan.

“Setahun lalu saya bercakap mengenai perkara ini. Saya tahu penganalisis di luar sana bertanya kenapa mengambil masa lama (melaksanakannya). (Ia) sebab kita melihat ia dilaksanakan di negara lain. Urutan penting dengan memastikan semua perkara sedia dan cuba rapatkan kelompongan sebaik mungkin,” kata Rafizi.

Sebelum ini, firma penyelidik menjangkakan proses dan tempoh masa rasionalisasi subsidi dijangka dilaksanakan secara berperingkat, mengambil isyarat daripada sasaran kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion pada 2024 berbanding rekod tertinggi subsidi RON95 dan diesel berjumlah RM41.75 bilion pada 2022.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dalam laporan tinjauan Malaysia bagi 2024 berkata, rasionalisasi subsidi bahan api dan seterusnya pelarasan harga bahan api mesti dibuat secara berperingkat bagi mengimbangi kesannya terhadap inflasi, yang dijangka kembali meningkat kepada 3.0 peratus tahun depan berbanding anggaran 2.6 peratus pada tahun ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Penganalisis ekonomi juga berpandangan, subsidi petrol bersasar berkemungkinan akan diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi, mengambil kira kebarangkalian harga minyak dunia akan berterusan meningkat ke paras AS$100 setong.

Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini mendedahkan inflasi keseluruhan pada 2024 dijangka berada antara dua peratus dan 3.5 peratus selepas mengambil kira potensi kenaikan disebabkan oleh rasionalisasi subsidi terutamanya petrol.

Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour pada pada sidang media Laporan Tahunan 2023, Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2023 dan Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2023 berkata, walaupun rasionalisasi subsidi mungkin memberikan implikasi jangka pendek terhadap pertumbuhan dan inflasi, strategi pelaksanaan yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik bersama-sama dengan bantuan tunai bersasar akan membantu mengurangkan kesan ini.

Sementara itu, Rafizi berkata, walaupun nilai ringgit terus menyusut, ia tidak menjejaskan minat pelabur asing dan tidak menghalang matlamat kerajaan dalam melaksanakan dasar.

“Setakat ini, kami tidak melihat turun naik ringgit mula memberi kesan negatif kepada penstrukturan semula jangka panjang,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Free Malaysia Today

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply