ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek lebuh raya PJD Link dibatalkan

Berita Tempatan

Views

Jemaah Menteri hari ini, memutuskan untuk tidak meneruskan projek pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link).

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat selepas pemegang konsesinya, gagal memenuhi enam daripada 11 syarat yang ditetapkan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Jemaah Menteri membuat keputusan tidak akan melanjutkan perbincangan dengan pihak PJD Link yang memohon lanjutan untuk memenuhi sejumlah syarat. Kerajaan menolak permohonan itu.

“Sebelum ini pihak syarikat sudah memohon dua kali lanjutan bagi memenuhi syarat ditetapkan. Akibat daripada kegagalan itu, maka projek terbabit tidak diteruskan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berdasarkan perancangan, lebuh raya terbabit akan menghubungkan bahagian utara dan selatan petaling Jaya menerusi Petaling Jaya Utara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Taman Dato’ Harun, Taman Medan Baru, Taman Sri Manja, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil Technology Park.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bagaimanapun, pembinaan projek itu mendapat bantahan daripada penduduk setempat. Malah, kerajaan Selangor pada tahun lalu, membuat keputusan membatalkan permohonan pembinaan lebuh raya terbabit, berikutan pelan dikemukakan berkaitan laporan penilaian impak didapati tidak menepati syarat ditetapkan.

Namun pada 24 Februari lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan meminta pemaju lebuh raya terbabit merundingkan semula jajarannya dengan Kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memberikan perincian penuh berhubung keputusan yang diambil Jemaah Menteri. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply