ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan benarkan sekolah memandu beroperasi semula mulai 9 September

Berita Tempatan

Views

Kerajaan membenarkan Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara kembali beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut portal Free Malaysia Today, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji temu.

Kata beliau, walaupun institut memandu (IM) boleh mula beroperasi mulai 9 September 2021, proses pengujian bagi mendapatkan lesen memandu berkaitan hanya akan bermula pada 17 September ini.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Tambahnya, tempoh masa ini diperuntukkan kepada pihak IM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bersedia sepenuhnya bagi mengelakkan isu-isu berbangkit yang boleh memberi kesan negatif kepada calon.

Beliau berkata, kebenaran yang diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu tertakluk kepada antaranya pematuhan SOP PPN yang sedang berkuat kuasa.

Tambah beliau, pekerja, tenaga pengajar dan calon yang telah lengkap menerima vaksin dengan mengemukakan sijil digital vaksinasi Covid-19 dan kad pengenalan sebagai pembuktian.

Jelasnya, syarikat hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja berdasarkan peratusan pekerja yang lengkap menerima vaksin. Sekiranya kadar peratusan pekerja lengkap menerima vaksin adalah 40 peratus, maka kapasiti pekerja dibenarkan beroperasi adalah 60 peratus.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Jika 60 peratus lengkap menerima vaksin, 80 peratus pekerja dibenar beroperasi. Syarikat dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus sekiranya 80 peratus pekerja lengkap menerima vaksin.

Wee berkata, kehadiran kakitangan atau calon bergejala, berada dalam kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), “Person Under Surveillance” (PUS) dan sedang dalam perintah kuarantin tidak dibenarkan.

Katanya, semua pihak juga perlu mematuhi protokol kesihatan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup separuh muka dan penyediaan pensantasi tangan.

Beliau turut mengumumkan bahawa institut memandu diberi moratorium selama tiga bulan hingga 30 November 2021 untuk keperluan pembaharuan permit bagi mana-mana yang tempoh sah laku permitnya tamat antara Januari hingga September 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pusat Latihan Memandu Berjaya Berhad

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply