ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda CBR150R 2021 dilancarkan – Harga dari RM12,499

Berita Tempatan

Views

Boon Siew Honda sebentar tadi melancarkan model sportbike Honda CBR150R 2021 dengan harga yang bermula dari RM12,499. Hanya dua pilihan warna ditawarkan iaitu Candy Scintillate Red dan Mat Charcoal Grey Metallic.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

CBR150R 2021 dijana oleh enjin 4-lejang silinder tunggal 149.2cc DOHC sejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang mampu menghasilkan 16 kuasa kuda pada 9,000rpm dengan 13.7Nm daya kilas pada 7,000rpm.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Enjin ini digandingkan bersama transmisi manual 6-kelajuan, dengan ciri cekam (klac) anti-gelincir Assist/Slipper. Model ini juga dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi saluran untuk prestasi membrek yang lebih mantap.

Gaya reka bentuknya diinspirasikan daripada CBR250RR penggunaan dengan lampu depan dan belakang jenis LED. Motosikal ini juga dilengkapi dengan panel meter jenis digital, fork songsang di bahagian depan, Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) dan angkup berpaksi dari Nissin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply