ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan disaran hapus cukai jalan kenderaan dalam Bajet 2023

Berita Tempatan

Views

Kerajaan disaran supaya menghapuskan cukai jalan kenderaan bagi meringankan beban rakyat memandangkan sistem cukai kenderaan yang diguna pakai pada ketika ini berkonsepkan ‘cukai atas cukai‘.

Sinar Harian melaporkan, Ahli Dewan Negara, Muhammad Zahid Md Arip berkata, pada ketika ini pemilik kenderaan berdepan dengan sistem cukai yang berlapis-lapis seperti duti import, cukai eksais, cukai SST dan cukai jalan.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Jelas beliau, rakyat terpaksa membayar cukai yang berganda, khususnya yang tinggal di Lembah Klang seolah-olah terkepung dan terpaksa menggunakan laluan yang hampir semuanya dikenakan tol pada setiap hari.

Rakyat Keluarga Malaysia tidak boleh terus dibebankan dengan ‘cukai atas cukai’ yang bertimpa-timpa ini dan Bajet 2023 adalah peluang terbaik untuk Perdana Menteri menggembirakan rakyat.

Tambahnya, difahamkan ketika ini konsultasi Bajet 2023 sedang berlangsung dan beliau berharap kerajaan mempertimbangkan cadangan tersebut.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dalam pada itu, menurut beliau, cadangan tersebut dilihat memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat dan kerajaan secara keseluruhan.

Kerajaan sebenarnya boleh melihat dan mempelajari daripada United Kingdom (UK) dalam pelaksanaan hal ini, yang mana negara itu sudah menghapuskan cukai jalan sejak 2015 dan hanya mengenakan cukai duti eksais (VED) sahaja untuk pemilik kenderaan.

Kata beliau, bagi menampung kehilangan hasil akibat penghapusan cukai jalan ini pula, kerajaan boleh menimbangkan untuk mengurangkan subsidi minyak dan kaedah ini sebenarnya lebih adil kepada rakyat dan kerajaan, kerana ia bersifat bersasar terus kepada pengguna yang layak khususnya dari kumpulan B40.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ecentral.my

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply