Baru-baru ini tular satu video seorang penunggang motosikal menendang cermin sisi sebuah kereta yang mahu menukar laluan.
Kelihatan kereta tersebut telah menyalakan lampu isyarat untuk menukar haluan, namun tindakan itu tidak disenangi oleh penunggang tersebut. Kejadian itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan warganet.
Ada yang berpendapat motosikal tidak sepatutnya berada di tengah laluan jalan raya dan menggunakan lorong yang dikhaskan sahaja.
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
Bagaimanapun, bagi penunggang motosikal pula, mereka mahu supaya kenderaan lebih besar memberikan laluan kepada mereka kerana ia lebih kecil dan terdedah kepada bahaya.
Jadi, perdebatan itu sama seperti persoalan atau pertikaian antara telur dan ayam, mana satu wujud dahulu? Memang pening hendak menjawab soalan tersebut.
Satu perkara yang hendak Merak Jalanan bangkitkan sebenarnya adalah penggunaan lampu isyarat kenderaan. Di Malaysia, penggunaan lampu isyarat seolah-olah tiada fungsi dan makna lagi.
Ada sesetengah keadaan, walaupun lampu isyarat sudah diberikan tetapi sukar untuk kenderaan lain berikan laluan. Keadaan itu berbeza semasa Merak Jalanan ke Jepun beberapa tahun lalu.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Pemandu-pemandu di negara matahari terbit itu sangat berhemah dan bertimbang rasa. Mereka akan memberikan laluan kepada kenderaan lain yang ingin keluar simpang atau menukar arah.
Di Malaysia, walaupun sudah beri isyarat untuk tukar laluan terutama ketika kesesakan, memang sedikit sukar dan itulah berlaku dalam video tular tersebut.
Jadi, Merak Jalanan berharap agar semua pengguna jalan raya berhati-hati tidak kira apa jenis kenderaan yang anda bawa.
Jangan terlalu ikutkan perasaan apabila di atas jalan raya, kerana ada pepatah mengatakan “ikut hati mati, ikut rasa badan boleh binasa”.
Artikel asal dari Sinar Harian.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
KOMEN TERKINI