ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan laksana ujian perintis subsidi minyak bersasar guna e-dompet

Berita Tempatan

Views

Disebabkan oleh kenaikan harga bahan api global, Kerajaan telah merancang untuk memperkenalkan subsidi bahan api bersasar dan salah satu mekanisma yang berpotensi adalah melalui e-dompet.

Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi Dasar di Kementerian Kewangan (MoF), Johan Mahmood Merican, di podcastBreakfast Grille BFM‘.

Menurut portal Lowyat.net, Johan berkata kerajaan telah melancarkan ujian perintis menggunakan e-dompet di stesen minyak untuk sistem yang disasarkan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai bagaimana mekanisma tersebut berfungsi, meskipun ia hampir sama dengan program kredit e-dompet bersasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tambah beliau, ia masih lagi di peringkat awal dan akan mengambil masa antara tiga hingga enam bulan ujian sebelum bersedia untuk diperkenalkan.

Beliau turut mengakui kaedah ini mungkin sesuai di kawasan bandar, namun ia agak sukar bagi pengguna di luar bandar dan juga warga emas. Katanya lagi, MoF akan terus mengkaji kaedah lain yang boleh dilaksanakan.

Jelas beliau, cabaran terbesar untuk melaksanakan sistem saksama bagi subsidi bahan api adalah mereka tidak boleh meniru kaedah bil elektrik, di mana semakin banyak penggunaan, semakin tinggi kadarnya.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan hasrat untuk menamatkan subsidi bahan api menyeluruh semasa kepada mekanisma yang lebih bersasar agar peruntukan itu benar-benar mencapai demografi yang dimaksudkan.

Golongan 20 teratas (T20) dikatakan lebih banyak memanfaatkan subsidi kerajaan berbanding mereka yang sebenarnya memerlukannya, iaitu kumpulan 40 bawah (B40) dan 40 pertengahan (M40).

Memandangkan subsidi keseluruhan dijangka meningkat kepada RM77.7 bilion tahun ini, kerajaan sedang berusaha untuk mengawal perbelanjaannya dengan menghapuskan beberapa subsidi menyeluruh.

Selain petrol, Putrajaya juga sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan subsidi bersasar untuk elektrik yang akan menyaksikan surcaj dikenakan kepada pengguna T20.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit myboost.com.my

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply