ARKIB

KATEGORI

Info

RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Info

Views

Setelah tamatnya pengeluaran model semasa Alza, kini tibalah masa untuk model pengganti (namakod D27A) untuk mengambil alih tempatnya. Berita baik kerana ejen perisik Mat Bond kini kembali dengan membawa beberapa info terkini buat kita semua.

Menurut Mat Bond, kembar kepada Daihatsu Xenia itu kini dalam fasa pra-pengeluaran dan dijangka pengeluaran massanya akan bermula pada penghujung Mei nanti. Kami meramalkan, D27A akan dilancarkan secara rasmi sekitar bulan Jun (paling awal).

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

D27A akan ditawarkan dalam tiga pilihan varian dan jika mengikut varian semasa Alza, berkemungkinan ia ditawarkan dalam varian S, SE dan juga AV. Kami juga berbendapat yang Perodua akan turut menawarkan aksesori GearUp untuk model ini.

Varian tertinggi iaitu AV akan menerima kemasan warna luaran dwitona dan dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan terkini seperti Kawalan Jelajah Adaptif (AAC), Brek Parkir Elektronik (EPB) dan brek cakera di belakang.

Secara keseluruhan, reka bentuk luaran D27A tidak jauh berbeza dengan saudara kembarnya di Indonesia, iaitu Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza/Veloz. Kata Mat Bond, bahagian atas lampu hadapan D27A dilengkapi dengan lampu signal berurutan, sama seperti Ativa.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Menurut rakan media di Automachi.com, bentuk jerijinya dihiasi dengan kemasan krom ‘berbentuk titik-titik , ala model kereta Mercedes-Benz. Bamparnya juga lebih sporty, namun tanpa lampu siang LED (DRL).

Perodua turut menawarkan dua saiz rim berbeza untuk D27A, iaitu 15-inci dan 16-inci (mungkin untuk varian AV). D27A juga bakal menjadi model Perodua yang pertama dilengkapi dengan sistem ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Tambah Mat Bond, Perodua juga dijangka memperkenalkan model hibrid sulungnya, iaitu Ativa Hybrid pada suku ketiga tahun ini. Selain D27A, Perodua turut memasang model Toyota Veloz untuk pasaran Malaysia yang akan ditawarkan dengan dua pilihan varian.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply