ARKIB

KATEGORI

Buletin

Basikal WX-R Vorteq senjata ‘The Pocket Rocketman’ di Olimpik Tokyo 2020

Berita Tempatan

Views

Selepas sekian lama menanti akhirnya jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang berpeluang mencuba ‘senjata’ utamanya iaitu basikal model WX-R Vorteq yang sudah diujinya di dalam latihan.

Menurut Harian Metro, Azizulhasni berkata, dia sudah menguji basikal berkenaan ketika di dalam latihan dan tidak mempunyai banyak beza dengan versi terdahulu cuma lebih terarah kepada aspek sentuhan terakhir yang lebih terperinci.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, sebanyak enam basikal model WX-R Vorteq akan dibawa ke Tokyo nanti dengan setiap seorang termasuk Shah Firdaus Sahrom akan diberikan dengan tiga basikal. Tambahnya dari segi rangka digunakan dalam latihan (versi lama) dan yang akan dibawa ke Olimpik nanti adalah sama.

Cuma versi terakhir mungkin beza dari segi warna dan kualiti lebih mantap. Ia tidak lagi akan dilengkapi dengan power meter kerana dalam perlumbaan sebenar mereka tidak perlu mengukur kelajuan dan memperoleh data seperti latihan, hanya tumpu kepada tujuan untuk memenangi perlumbaan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jelas Azizulhasni, walaupun kelancarannya hanya sedikit berbanding versi lama tapi memberi impak besar dalam perlumbaan sebenar. Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman juga mengakui disebabkan pandemik COVID-19 hanya empat kru dibenarkan dari skuad berbasikal termasuk dua pelumba, seorang jurulatih dan pembantu jurulatih merangkap mekanik.

Apa yang paling penting katanya, mereka hanya perlukan jurulatih iaitu John Beasley. Olimpik kali ini sangat berlainan apa yang penting dia hanya kekal fokus dan menumpukan kepada misi utama. Ini merupakan Olimpik keempat buat Azizulhasni dan pencapaian terbaiknya ialah meraih gangsa dalam acara keirin di Rio 2016.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Azizulhasni Awang

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply