ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan Negeri sumbang 8 unit Harley-Davidson Low Rider ST kepada Polis Kontinjen Sabah

Berita Tempatan

Views

Semalam berlangsungnya Majlis Penyempurnaan Penyerahan Sumbangan Motosikal Berkuasa Tinggi oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada Polis Kontinjen Sabah untuk penugasan khas.

Majlis yang berlangsung di Lobi Utama Blok A, Menara Kinabalu telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Lapan unit motosikal berkuasa tinggi jenis Harley-Davidson Low Rider ST itu diharap mampu mengatasi masalah kekurangan aset terutama motosikal dalam penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bagi Kontinjen Sabah.

Model Harley-Davidson Low Rider ST ini dikuasakan oleh enjin V-Twin berkapasiti 1,923 cc yang mampu menjana 105 kuasa kuda dan 168 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Kos keseluruhan motosikal yang bakal digunakan untuk penugasan pengiring prestij di Sabah itu bernilai RM1.076 juta dan akan diserahkan dalam dua fasa.

Motosikal itu sering digunakan sebagai pengiring trafik di luar negara seperti Amerika Syarikat, namun ia buat pertama kalinya digunakan untuk tujuan tersebut di “Negeri Di Bawah Bayu”.

Ia telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Bin Dikun dan majlis turut dihadiri oleh dif-dif jemputan Kerajaan Negeri Sabah serta petugas media. – Polis Sabah

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Sabah

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply