ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell ‘tak jadi tutup’ 34 stesen minyak di Sabah

Berita Tempatan

Views

Shell membatalkan rancangannya untuk menutup 34 stesen minyak di Sabah menjelang Januari tahun depan, susulan siri perbincangan dengan kerajaan negeri, menurut kenyataan Jabatan Ketua Menteri Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan sama berkata kerajaan negeri mengalu-alukan berita baik itu.

Jelas beliau, pihaknya telah membawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan dan menghargai cakna serta keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap situasi di Sabah.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Menurut kenyataan itu, susulan daripada pengumuman Shell mengenai rancangan penutupan tersebut pada Jun lepas, Hajiji telah bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman untuk membincangkan perkara berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan 35 stesen minyak di Sabah dan Labuan di bawah Shell Timur Sdn Bhd akan ditutup menjelang Januari tahun depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply