ARKIB

KATEGORI

Tular

Pandu melulu sambil bunyikan siren, polis kesan pemandu Saga

Tular

Views

Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang dirakam mengeluarkan bunyi siren serta dipandu secara melulu dan berbahaya di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan, di Serdang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 48 saat menunjukkan aksi kereta itu yang tular dalam media sosial, semalam.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Berdasarkan rakaman itu, kita mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga mengeluarkan bunyi siren dan dipandu secara berbahaya serta melulu di lokasi berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 2 Oktober lalu (kelmarin) sebelum rakaman video insiden berkenaan tular dalam media sosial, semalam.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pemandu kereta terbabit.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Tambah beliau, satu kertas siasatan dibuka berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika disabit kesalahan, boleh dipenjara selama lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 serta tidak lebih RM15,000.

Terdahulu, tular rakaman video itu yang menunjukkan kereta berkenaan mengeluarkan bunyi siren sambil mencelah antara kenderaan lain dalam keadaan trafik sesak di lokasi terbabit. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply