Kerajaan perlu menutup sempadan negeri apabila kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di sesebuah negeri itu direkodkan melebihi 1.00.
Menurut Berita Harian, Prof Kesihatan Komuniti, Pengurusan Hospital dan Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata apabila bacaan Rt meningkat, ia bermaksud jangkitan aktif berlaku di kawasan berkenaan.
Katanya, apabila bacaan Rt meningkat, dikhuatiri jangkitan membabitkan varian Delta akan mengganas dan golongan rentan, remaja serta kanak-kanak yang belum divaksin antara golongan yang mudah terdedah dan dijangkiti.
Jelasnya, memang diakui vaksinasi berjaya mengurangkan jangkitan COVID-19 ke tahap teruk, tetapi perlu difahami ia bukan menghalang jangkitan daripada terus berlaku dan pelbagai kemungkinan boleh terjadi kepada individu dijangkiti.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Menurut kajian luar negara juga, imuniti seseorang boleh menurun selepas enam bulan divaksin dan dos penggalak diperlukan untuk meningkatkan kembali tahap imun seseorang.
Bagaimanapun, ketika ini dos penggalak masih lagi di tahap awal memandangkan negara masih lagi belum mencapai populasi penuh divaksinasi.
Hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan tiga negeri masih mencatatkan bacaan Rt tinggi iaitu Melaka 1.01, Putrajaya 1.06 dan Negeri Sembilan 1.03, setakat semalam.
Sebelum itu, Putrajaya mencatatkan Rt paling tinggi iaitu 1.11 diikuti Negeri Sembilan 1.02 dan Selangor, Melaka serta Perlis yang masing-masing merekodkan Rt 1.01.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Beliau berkata, tidak dinafikan kebenaran rentas negeri dan aktiviti ekonomi berjalan seperti biasa menjadi punca kepada peningkatan kadar Rt itu, namun kurang kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) juga menyebabkan penularan berlaku dengan pantas.
Penjarakan fizikal dan jumlah kepadatan di sesuatu kawasan perlu dititikberatkan, jangan ambil mudah dan terlalu yakin tidak akan dijangkiti COVID-19.
Tambah beliau, orang awam perlu sedar, vaksinasi bukan ‘penyelamat’ sepenuhnya dari jangkitan dan negara juga belum melaksanakan dos penggalak sepenuhnya. Jadi SOP yang ketat perlu menjadi amalan harian.
Endemik juga tidak bermakna kita bebas daripada virus, tetapi virus itu tetap ada dan bermacam kemungkinan boleh berlaku, sama seperti denggi.
Uajarnya lagi, penyakit denggi umpamanya juga boleh mengorbankan nyawa dan sebaliknya, jadi kita disarankan untuk mematuhi SOP dan berhati-hati.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
KOMEN TERKINI