ARKIB

KATEGORI

Buletin

Setelah tertangguh beberapa tahun, sistem kereta api moden Hanoi dilancarkan

Berita Global

Views

Hanoi, bandar yang mempunyai hampir lima juta motosikal hari ini melancarkan sistem kereta api moden pertamanya. Ia sebagai usaha pihak berkuasa dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran, yang telah lama membelenggu ibu kota Vietnam itu.

Menurut Berita Harian, selepas kelewatan projek itu selama beberapa tahun dengan kos pembinaan mencecah dua kali ganda, akhirnya orang ramai berpeluang melihat gerabak kereta api itu keluar dari stesen Cat Linh.

Kereta api buatan China itu memulakan perjalanan dari stesen Cat Linh yang berhampiran pusat bandar sejauh 13 kilometer (km) ke arah kawasan berpenduduk padat di timur Vietnam.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Salah seorang penumpang, Nguyen Thi Thu, tidak melepaskan peluang untuk mencuba perkhidmatan itu kerana perasaan ingin tahu. Katanya, dia amat gembira kerana berpeluang mencuba sistem kereta api ini selepas tertangguh.

Penumpang lain pula turut mengambil peluang mengambil gambar di hadapan kereta api, manakala kanak-kanak pula mempamerkan wajah hairan sambil merenung ke luar tingkap dari dalam gerabak.

Hanoi dengan populasi sembilan juta itu terkenal di seluruh dunia kerana padat dengan motosikal yang memenuhi jalan di bandar, sekali gus memberi risiko buat pejalan kaki.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Menurut statistik dari pihak polis, jumlah motosikal di jalan raya melonjak daripada dua juta pada 2008 kepada 5.7 juta pada 2020. Pada masa sama, bilangan kereta juga meningkat daripada 185,000 kepada 700,000 dalam tempoh sama.

Jurucakap kementerian pengangkutan, Vu Hong Son, yakin perkhidmatan kereta api akan menangani banyak isu termasuk pencemaran dan kesesakan di Hanoi.

Perkhidmatan kereta api mengambil masa sedekad untuk disiapkan, dengan pembinaannya terganggu beberapa kali disebabkan isu keselamatan dan kos meningkat kepada AS$900 juta (RM3.74 bilion) daripada peruntukan asal AS$550 juta (RM2.28 bilion).

Sembilan lagi landasan dan laluan dirancang turut dibina menuju ke Hanoi menjelang 2030.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit VNExpress

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply