Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menilai semula jumlah bantuan tunai subsidi diesel RM200 melalui Budi MADANI, sekiranya harga runcit bahan bakar itu mencatatkan peningkatan pada masa hadapan.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata ketetapan berkenaan kadar subsidi ketika ini bagaimanapun mencukupi bagi menampung kos diesel bulanan tambahan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, kadar berkenaan dibuat berdasarkan kajian daripada Jabatan Perangkaan (DOSM).
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
“Kerajaan akan mengkaji jumlah pemberian subsidi (diesel) dari semasa ke semasa. Ketetapan jumlah bantuan RM200 sebulan adalah hasil kajian mendalam dan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pemilik kenderaan, pakar ekonomi dan industri.
“Berdasarkan data Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 dikeluarkan DOSM berkaitan perbelanjaan bulanan bahan bakar diesel isi rumah, dianggarkan RM200 adalah jumlah mencukupi untuk menampung kos diesel bulanan tambahan bagi 80 peratus isi rumah di Semenanjung.
“Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa, termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa jika perlu.
“Ia bagi memastikan golongan benar-benar layak terus mendapat perhatian kerajaan dalam mendepani cabaran kos sara hidup,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) mengenai ketetapan jumlah bantuan tunai Budi MADANI, jika harga diesel meningkat di masa akan datang.
Menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) mengenai kos pembangunan Budi MADANI, Hui Ying berkata ia tidak membabitkan sebarang peruntukan tambahan daripada kerajaan.
“Budi MADANI adalah (pembangunan) dari dalaman, jadi tiada kos yang terlibat kerana dibangunkan kakitangan kerajaan. Ia adalah pembangunan (secara) dalaman.
“Sistem ini (dibangunkan) oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), kita mempunyai pakar jadi tidak membabitkan sebarang kos,” katanya. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI