ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tentera Darat peroleh e-bike Talaria Sting R MX4 dari Nizra Industries

Berita Tempatan

Views

Malaysia Military Review menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya mengumumkan syarikat Nizra Industries telah memenangi tender perolehan motosikal elektrik (e-bike) untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Syarikat berkenaan akan membekalkan e-bike jenis Talaria Sting R MX4 kepada TDM dalam tempoh yang terdekat.

e-bike itu nanti akan digunakan untuk tujuan rondaan di sempadan negara, peperangan bandar (urban warfare) dan boleh digunakan sebagai kenderaan penempak tepat/penembak hendap (sniper).

Menurut artikel dari Berita Harian, Nizra Industries telah menjalin kerjasama strategik dengan Superlux Auto Sdn Bhd bagi membangunkan e-bike bagi kegunaan ketenteraan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nizra Industries, Nik Iruwan Nik Izani, berkata melalui kerjasama itu, Nizra akan bertindak sebagai penyedia teknologi dan pemasaran manakala Superlux menyediakan e-bike yang mengikut spesifikasi ketenteraan.

Beliau berkata, e-bike itu dijangka akan membolehkan pasukan keselamatan melakukan pemantauan dengan lebih cekap selain memberikan penjimatan serta mesra alam sekitar.

Katanya, e-bike itu dibangunkan di Malaysia dengan kerjasama beberapa vendor dari China dan dijangka akan digunakan oleh pasukan keselamatan negara akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Superlux Auto, Fahmi Barakbah Mohamed Salleh, berkata e-bike yang direka khas itu adalah bersesuaian dengan keadaan muka bumi negara ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata, ia mampu untuk bergerak sejauh 120 kilometer bagi satu pengecasan penuh dan sesuai untuk kegunaan pihak berkuasa bagi tujuan pemantauan sempadan.

Katanya, Nizra Industries dan Superlux Auto juga akan menyediakan ekosistem yang berkaitan seperti stesen pengecasan serta bateri simpanan dan sistem pengecasan solar.

Info ringkas Talaria Sting R MX4:

  • Menggunakan kerangka aloi ringan yang ditempa dengan komponen berprestasi tinggi dengan berat keseluruhan hanya 57 kg.
  • Dari segi dimensi Talaria Sting R MX4 mempunyai jarak tapak roda 1,225 mm, ketinggian pelana tempat duduk 840 mm dan jarak lega tanah 260 mm.
  • Kuasa lebih 8kW dibekalkan oleh pek bateri lithium ion 60V boleh diganti dari Panasonic berkapasiti 2.7 KWj.
  • Kelajuan maksimum 85 km/j dengan daya kilas 45Nm.
  • Dilengkapi brek cakera hidraulik empat omboh di hadapan dan belakang, panel meter LCD dan port USB.
  • Mempunyai keupayaan mendaki dengan kecerunan lebih 45 darjah.
  • Jarak tunggangan sehingga 96 km untuk setiap pengecasan penuh dengan tempoh pengecasan pantas selama empat jam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit nizragroup dan Malaysia Military Review

Talaria Sting R MX4

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply