Kementerian Pengangkutan tidak akan mengkaji semula pelaksanaan cukai jalan kenderaan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara digital yang dilaksanakan sejak Februari tahun lalu.
Menterinya, Anthony Loke, berkata inisiatif pendigitalan cukai jalan dan LMM akan terus dikekalkan sejajar dengan dasar digitalisasi negara.
“Kementerian tidak akan kaji semula pelaksanaan cukai jalan dan LMM secara digital walaupun terdapat permintaan beberapa pihak terutama pengguna.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
“Kita kena progresif kerana ketika ini sudah banyak perkhidmatan dinaik taraf kepada digital termasuk cukai jalan dan lesen memandu.
“Namun, (pengguna) masih boleh cetak cukai jalan digital ini jika terdapat keperluan termasuk mematuhi peraturan negara jiran, tiada masalah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Pelabuhan dan Logistik ASEAN, di Johor Bahru, hari ini.
Sebelum ini, beberapa pihak terutama pengguna meminta supaya kerajaan mengembalikan pelaksanaan cukai jalan dan lesen memandu fizikal berikutan ia menjadi keperluan memasuki negara jiran termasuk Thailand.
Pada Ogos lalu, dua lelaki warga Malaysia dilaporkan meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa Thailand meskipun sudah mempamerkan lesen memandu digital yang dimiliki mereka.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Dalam pada itu, Anthony berkata, pengguna hanya perlu mencetak cukai jalan dan lesen memandu digital jika mereka memasuki negara jiran.
“Sekiranya hendak ke luar negara boleh cetak saja cukai jalan atau lesen memandu. Tidak menjadi masalah dan tidak perlu dikaji balik.
“Pendigitalan ini akan terus dikekalkan tetapi tidak bermaksud cukai jalan dan lesen memandu digital tidak boleh dicetak kerana ia boleh dicetak sendiri.
“Jika hendak masuk negara jiran termasuk Thailand yang tetapkan syarat perlu cukai jalan atau lesen memandu fizikal, cetak sajalah, tak susah pun,” katanya. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI