Kerajaan akan terus menggalakkan peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) menerusi penstrukturan kerangka insentif cukai kenderaan mesra alam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penstrukturan kerangka insentif sedia ada itu agar selari dengan hasrat untuk menggalakkan peralihan kepada EV pemasangan tempatan (CKD).
“Pada masa ini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah RM100,000 bagi memenuhi permintaan rakyat.
“Galakan penggunaan motosikal elektrik CKD sehingga RM2,400 akan diteruskan dengan peruntukan RM10 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, semalam.
Sebelum ini, peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi EV dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjelaskan langkah itu akan mendorong permintaan berterusan terhadap EV dan HEV di samping membolehkan pengilang membangunkan lebih banyak produk untuk memenuhi objektif neutral karbon 2030 oleh kerajaan.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Harapan MAA itu merujuk kepada pengecualian cukai jalan penuh oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kenderaan EV dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025, dengan persatuan itu mengharapkan tarikh akhir itu dilanjutkan.
MAA yang mewakili pengedar, pemasang dan pengilang kenderaan bermotor baharu di Malaysia, turut mencadangkan duti import bagi bateri untuk EV dan HEV dimansuhkan.
Pendaftaran EV baharu di negara ini melonjak lebih dua kali ganda kepada 10,700 unit pada separuh pertama tahun ini, berbanding 4,400 unit dalam tempoh sama tahun lalu.
Tahap penggunaan EV yang semakin pantas menunjukkan segmen itu mengekalkan momentum pertumbuhan menakjubkan dalam pasaran Malaysia.
Penganalisis automotif, Shamsul Yunos sebelum ini berkata, EV menawarkan kos operasi lebih rendah dalam jangka masa panjang, terutamanya apabila diambil kira kos penyelenggaraan dan bahan api yang lebih murah.
Ketika ini, EV berada dalam fasa peralihan daripada pengguna awal kepada majoriti awal. Penganalisis berkata, insentif kerajaan seperti pengecualian cukai jalan, pengecualian duti import dan rebat cukai bagi pembelian EV juga langkah rangsangan yang baik untuk menarik pembeli kenderaan berkenaan.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Namun, katanya insentif tambahan mungkin diperlukan untuk menarik lebih ramai pengguna, termasuklah bantuan untuk pemasangan stesen pengecasan di rumah dan tempat awam, subsidi untuk pembelian EV serta kempen kesedaran yang lebih agresif mengenai kelebihan kenderaan terbabit.
Katanya, walaupun pengambilan teknologi baharu seperti EV memerlukan masa, langkah insentif dan penyesuaian subsidi itu boleh mempercepatkan proses berkenaan dengan ketara.
“Pengguna yang melihat kelebihan kos jangka panjang dan insentif kerajaan yang mengurangkan kos permulaan akan lebih cenderung untuk membuat peralihan.
“Selain itu, pembangunan infrastruktur pengecasan yang lebih meluas dan cepat adalah kunci untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kemampuan EV dalam memenuhi keperluan perjalanan harian mereka,” katanya.
Berhubung galakan penggunaan motosikal elektrik CKD, Belanjawan 2025 meneruskan insentif sehingga RM2,400, meneruskan rebat yang mula diperkenalkan pada belanjawan tahun lalu.
Dikenali sebagai Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah dengan pemberian rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli.
Inisiatif itu antara lain adalah usaha kerajaan untuk terus melonjak pembangunan industri EV tempatan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI