ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta peronda dirempuh trak pikap – Tiga anggota polis cedera

Berita Tempatan

Views

Tiga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka, dilanggar trak pikap di Jalan Jati Kanan, dekat Kapar, semalam.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata dalam kejadian pada jam 12.15 tengah hari, tiga anggota berpangkat sarjan, koperal serta konstabel itu menjalankan tugas pemantauan Op COVID-19 di Sungai Kapar Indah, Meru dan Kapar.

Kata beliau, hasil siasatan awal mendapati, kenderaan pasukan yang dipandu anggota berpangkat sarjan itu dari arah Perepat menuju ke Jalan Kapar. Apabila sampai di simpang empat Jalan Jati Kanan dengan Jalan Perepat, anggota terbabit meneruskan perjalanan dan tiba-tiba datang trak pikap dari simpang arah kanan jalan melanggar bahagian tepi pemandu.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Beliau berkata, akibat dari kemalangan itu, dua anggota iaitu sarjan dan konstabel cedera ringan iaitu sakit di bahagian rusuk kiri serta serta bengkak di belakang kepala, manakala koperal pula dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, pemandu trak pikap iaitu lelaki berusia 59 tahun cedera di kepala dan kini dirawat di hospital swasta. Hasil pemeriksaan, pemandu trak pikap itu tidak mabuk ataupun mengantuk. Mungkin dia tidak perasan semasa mahu keluar dari simpang berkenaan. Lelaki berkenaan difahamkan akan tampil membuat laporan esok kerana masih dirawat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply