ARKIB

KATEGORI

Buletin

Azhar Abdul Hamid kembali semula ke MRT Corp – Dilantik sebagai pengerusi

Berita Tempatan

Views

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengumumkan pelantikan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai pengerusi berkuat kuasa 11 Mei lalu. Menurut Astro AWANI, Azhar kembali semula ke syarikat yang pernah diterajuinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang pertama dari tahun 2011 ke 2014.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim dalam satu kenyataan memaklumkan, Azhar akan membawa bersama pengalaman luasnya di dalam industri yang akan membantu memajukan MRT Corp pada masa hadapan.

Katanya, sebagai CEO MRT Corp yang pertama, pengalaman dan pengetahuan Datuk Wira Azhar adalah sangat bernilai dalam pembangunan Projek Rapid Transit System di antara Johor Bahru-Singapura serta Projek MRT3 Laluan Lingkaran, dan pada waktu yang sama, dalam menyiapkan MRT Laluan Putrajaya.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Selepas meninggalkan MRT Corp, Azhar telah memegang beberapa jawatan penting termasuk Pengerusi MSM Malaysia Holdings Sd Bhd, Pengarah Urusan Kumpulan Malakoff Corporation, Presiden/Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengerusi Tradewinds Corporation Berhad.

Azhar sebelum ini merupakan bekas pengerusi FGV Holdings Sdn Bhd dari 2017 hingga April lalu. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pernas International Holdings Berhad dari 2001 hingga 2002.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply