ARKIB

KATEGORI

Tular

Kereta Singapura dirakam isi petrol RON95, KPDNHEP siasat video tular

Tular

Views

Sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah stesen minyak di Johor Bahru, baru-baru ini ketika dipercayai mengisi petrol RON95.

Menurut Berita Harian, video berdurasi kira-kira seminit 10 saat itu memaparkan seorang lelaki berbaju putih yang ingin mengisi minyak kenderaannya dan kemudian secara jelas mengangkat nozel berwarna kuning iaitu minyak petrol RON95.

Lelaki itu kemudian dilihat meletakkan semula nozel berwarna kuning berkenaan selepas tindakannya itu dipercayai disedari petugas stesen minyak terbabit.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dia kemudian dilihat terus beredar menaiki keretanya. Berdasarkan hantaran itu, kejadian dipercayai berlaku jam 6.55 pagi tadi dekat Taman Century di Johor Bahru.

Petugas stesen minyak mendakwa lelaki itu tidak mengendahkan arahan yang memintanya menunggu, sebaliknya lelaki Singapura itu dikatakan sempat mengisi 13 liter petrol RON95 beredar tanpa membayar.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat video yang dimuat naik ke media sosial berkenaan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Jelas beliau, pada masa ini, pihaknya akan siasat mengenai hantaran tersebut. Beliau juga meminta orang awam sentiasa menyalurkan maklumat atau aduan kepada pihak KPDNHEP mengenai sebarang salah laku yang berkaitan.

Aduan boleh disalurkan antaranya menerusi emel ke [email protected], talian aduan WhatsApp 019-2794317 atau talian bebas tol 1-800-886-800.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan pihaknya tidak ada menerima sebarang laporan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian itu.

Umum mengetahui penjualan petrol RON95 adalah dilarang bagi kenderaan nombor pendaftaran asing. Pemilik stesen minyak yang didapati gagal memantau penyalahgunaan petrol RON95 boleh disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply