ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerja pembaikan jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat bermula awal minggu hadapan

Berita Tempatan

Views

Kerja-kerja pembaikan jambatan Bailey di Seksyen 102, Laluan Persekutuan 12 Jalan Kuantan-Segamat yang mengalami kerosakan akan bermula awal minggu hadapan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Datuk Hafizah Zakaria berkata, laluan berkenaan akan ditutup sepenuhnya bagi membolehkan kerja pembaikan dilaksanakan dan notis pemaklumkan penutupan jalan akan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum tindakan diambil.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Kita akan memaklumkan dahulu bila penutupan jalan akan dibuat dan laluan alternatif supaya pengguna boleh merancang perjalanan mereka,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi di sini pada Isnin.

JKR dalam kenyataan malam tadi memaklumkan jumlah kenderaan berat yang tinggi terutama melebihi had muatan 20 tan dikenal pasti sebagai punca kerosakan jambatan berkenaan dan hasil pemantauan di tapak mendapati plat keluli yang menyambungkan ramp atau tanjakan ke jalan tuju telah rosak.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jambatan Bailey itu dibuka kepada kenderaan ringan tidak melebihi had muatan 20 tan pada 27 Jan lepas, bertujuan menghubungkan jalan terputus akibat banjir pada awal Januari.

Sementara itu, Hafizah menasihatkan pengguna laluan itu untuk mematuhi had muatan ditetapkan agar kerosakan berkenaan tidak berulang pada masa akan datang.

Sebelum ini, satu video memaparkan jambatan Bailey berkenaan mendap serta kesesakan lalu lintas di laluan tersebut sewaktu musim perayaan Aidilfitri tular di laman media sosial. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply