ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Ulangtahun Volvo tawar hadiah percutian ke Sweden untuk dua orang bernilai RM50,000

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia akan mengadakan Jualan Ulangtahun Volvo sempena meraikan ulang tahun ke-97 jenama itu dan menawarkan hadiah berupa percutian ke Sweden untuk dua orang yang bernilai RM50,000.

Acara istimewa ini akan berlangsung selama tiga hari dari Jumaat, 26 April hingga Ahad, 28 April 2024 di Sentul Depot, Kuala Lumpur ataupun mana-mana pengedar Volvo lain di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak dan menikmati tawaran rahsia bagi seluruh rangkaian model elektrik Volvo.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pelanggan yang membeli model elektrik penuh Volvo semasa acara ini berlangsung berpeluang memenangi hadiah utama – percutian untuk dua orang bernilai RM50,000 ke tanah air Volvo di Gothenburg, Sweden dan lawatan ke World of Volvo, yang akan membuka pintunya buat kali pertama pada 14 April 2024.

Semasa Jualan Ulang Tahun Volvo, pelanggan yang berminat berpeluang untuk mendapat tawaran tambahan dengan pembelian model Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric, disamping tawaran sedia ada bulan April, iaitu rebat sebanyak RM15,000.

Selain daripada model elektrik sepenuhnya Volvo, pelanggan juga boleh menikmati tawaran untuk rangkaian kereta hibrid (PHEV), antaranya Volvo XC90, XC60, S60, S90, dan V60 Recharge.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bukan itu sahaja, pilihan kereta terpakai berkualiti dengan jaminan dan pemeriksaan penuh dari Volvo SELEKT, juga akan tersedia semasa acara ini.

Sebagai tanda 97 tahun warisan dan inovasi keselamatan Volvo di jalan raya, 97 pelanggan pertama yang membuat pesanan dalam tempoh tiga hari itu juga akan menerima Kotak Hadiah Volvo eksklusif semasa penghantaran kereta baharu mereka.

Daftar untuk menempah tempat anda dan nikmati perkhidmatan peribadi di Jualan Ulangtahun Volvo di https://forms.volvocarmalaysia.com/birthday-sale.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply