ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes pukul di lampu isyarat – Tiga diberkas, pemandu Saga positif dadah

Berita Tempatan

Views

Tiga lelaki diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memukul seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat- Klang, pada 1 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tiga lelaki Melayu berusia 28 hingga 39 tahun ditahan pada pukul 6.30 petang semalam.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Beliau berkata, kesemua suspek didapati mempunyai dua rekod lampau membabitkan dadah. Jelasnya, saringan ujian air kencing terhadap suspek utama mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Jelasnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Majistret Klang, semalam.

UtusanTV kelmarin melaporkan suspek telah bertindak memukul dan merosakkan motosikal milik seorang penunggang.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Kejadian berlaku selepas penunggang motosikal membunyikan hon terhadap Proton Saga yang dinaiki suspek kerana memandu secara berbahaya.

Suspek kemudian bertindak menghalang penunggang motosikal sebelum mencekik, menumbuk muka, menendang perut dan kaki beberapa kali.

Penunggang motosikal mengalami kecederaan di bibir, tulang rusuk dan kaki serta kerosakan motosikal sebanyak RM250. Kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan. – Utusan TV

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply