ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton X70 MC2 giat jalani ujian, penemuan terbaharu di Lebuhraya Kesas

Foto Intip

Views

Nampaknya unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton masih giat menguji X70 MC2 dan yang terbaharu ia telah berjaya dikesan di Lebuhraya Kesas, semalam.

Kelibat unit ujian yang sarat dengan celoreng penyamaran itu sempat dirakam oleh pemilik akaun Facebook bernama Eric Yong Gx dan telah dikongsikan ke laman group X70OCM (Proton X70 Owner Club Malaysia).

Meskipun bahagian jerijinya masih diselindung, namun kita dapat melihat susunan reka corak “Inifinite Weave” yang baharu, sama seperti model X90 dan S50 (SS11).

Foto bahagian belakang juga sempat dirakam dan perubahan kosmetik yang dilakukan hanya terhad pada bahagian bamparnya sahaja, manakala bentuk lampu belakang masih kekal seperti sedia ada.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Seperti yang kita sedia maklum, X70 MC2 merupakan versi kembar kepada Geely Boyue Pro di China atau Azkarra di pasaran Filipina.

Kelibat kerangkanya (Body In White – BIW) dari dalam kilang telah pun tertiris dalam artikel terdahulu. Menurut ejen perisik Mat Bond, X70 MC2 akan menggunakan lampu hadapan jenis LED rekaan baharu.

Tambah Mat Bond, ruang kabinnnya turut mengalami perubahan dengan menampilkan susun atur papan pemuka serba baharu.

Selain X70 MC2, Proton juga sedang mempersiapkan sebuah lagi model yang dikemaskini iaitu X50 RC1. Ada kemungkinan X50 RC1 akan turut mengalami kemas kini kecil dan beberapa penambahbaikan.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Kata Mat Bond lagi, fasa pengeluaran model X70 MC2 dan X50 RC1 dijadualkan sebulan selepas pengeluaran massa model sedan S50 (SS11) yang dijangka pada bulan Oktober nanti.

Ini bermakna S50 (SS11) berkemungkinan akan dilancarkan sekitar November, manakala X70 MC2 dan X50 RC1 pula akan menyusul sebelum akhir tahun atau selewat-lewatnya pada awal 2024.

Ujarnya lagi, model X50 hanya akan tiba ke fasa facelift pada 2025. Proton juga dikhabarkan sedang merancang untuk membangunkan generasi baharu Saga, Persona dan Iriz (yang mungkin menjadi SUV mini atau crossover).

Apa yang menarik, ia akan menggunakan pelantar dari dan juga enjin yang dibekalkan oleh Geely, manakala rekaan badannya (top hat) akan dihasilkan oleh Proton sendiri. Namun, ia belum dimuktamadkan lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Eric Yong Gx

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply